December 16, 2017
You can use WP menu builder to build menus

Bekas Timbalan Presiden Pas Datuk Dr Nasharudin Mat Isa berpendapat kerjasama antara Pas dan UMNO dilihat semakin cerah dan akan memberi manfaat kepada Malaysia sejajar dengan konsep wasatiyyah atau kesederhanaan.

Menurutnya, Pas dan UMNO tidak perlu bergabung tetapi mengadakan kerjasama demi kestabilan politik dengan mengetepikan perbezaan masing-masing.

“Saya optimis kerjasama tersebut dapat menyatupadukan orang Melayu dan rakyat Malaysia ke arah sebuah negara yang aman damai. Saya masih berpegang kepada kaedah kerjasama itu untuk berbincang dan merancang masa depan politik dan melihat sesuatu demi kepentingan negara,” katanya.

Nasharudin yang merupakan Pengerusi Eksekutif Yayasan Gerakan Kesederhanaan Global (GMM) berkata demikian ketika menjawab soalan seorang peserta yang ingin tahu tahap wasatiyyah diamalkan Pas-UMNO selepas menyampaikan syarahan umum bertajuk ‘Gerakan Kesederhanaan Global: Membina Jambatan dan Menghapuskan Halangan Menerusi Kesederhanaan’ di Wisma Putra di sini, hari ini.

Katanya perkembangan hari ini menyaksikan Pas yang dipimpin oleh Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang memiliki nada yang berbeza dalam isu kerjasama PAS-UMNO berbanding kepimpinan sebelumnya, yang sudi membuka jalan perbincangan kepada Barisan Nasional (BN).

“PAS tidak perlu sertai UMNO dan sebaliknya. Tetapi apa yang penting kedua-dua parti perlu bekerjasama mencari formula terbaik demi kebaikan kedua-dua belah pihak,” katanya.

 

Sumber Berita: http://theflyingkick.blogspot.com/2017/10/pas-umno-kerjasama-makin-birulah-mata.html

Facebook Comments

admin

No Comments

Leave a Comment

Show Buttons
Hide Buttons