December 16, 2017
You can use WP menu builder to build menus

Pada masa Tun M memerintah, 1 program pemodenan Angkatan Tentera Malaysia yang dikenali sebagai program “PERISTA”, dalam tahun 1982, TUDM mengesahkan pembelian 80 buah A-4 Skyhawk terpakai dari Tentera Laut Amerika Syarikat dengan harga RM 8 juta sebuah.

Bagaimanapun setelah melalui beberapa proses membaikpulih dan memodenkan pesawat ini. hanya 40 buah sahaja yang dapat di operasikan oleh TUDM manakala 40 buah lagi di simpan untuk kegunaan alat ganti.

Walaubagaimanapun, menurut seorang General TUDM yang telah bersara pada sekitar tahun 2000 dan 2003, TUDM telah bercadang untuk membawa balik ke Malaysia semua pesawat Skyhawk tersebut dan menjualnya.

Pegawai-pegawai dari TUDM telah diterbangkan kesana untuk melihat keadaan pesawat tersebut, mereka telah menemui pesawat tersebut dan yang memeranjatkan ialah pesawat-pesawat tersebut pada ketika dan waktu itu bukanlah hak milik TUDM!

Segala surat menyurat yang melibatkan pembelian pesawat Skyhawk ini juga telah hilang dan pihak TUDM telah gagal menunjukkan sebarang bukti tentang pemilikan pesawat tersebut oleh sebab itu mereka tidak boleh membawa pulang pesawat Skyhawk tersebut ke Malaysia.

Pertikaian keatas hak milik pesawat Skyhawk ini telah berlanjutan selama beberapa tahun sehingga jelas dipastikan bahawa pemilik pesawat tidak dapat dipastikan.

Tun harus jawab mengapa Malaysia kehilangan hak pemilikan keatas baki 40 pesawat Skyhawk walhal Malaysia telah membayar bagi 80 pesawat itu?

Adakah kecil nilai wang rakyat sebanyak RM320 juta bagi 40 pesawat Skyhawk untuk dibiarkan begitu saja?

Lainlah kalau RM320juta tu milik Orang Kaya Besar Kerala!!!

Sumber: http://panggungopera.blogspot.my/2015/05/apa-jadi-dengan-40-pesawat-skyhawk.html

Facebook Comments

admin

No Comments

Leave a Comment

Show Buttons
Hide Buttons