January 20, 2018
You can use WP menu builder to build menus

KOTA BHARU: Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar akhirnya keluar daripada PAS sekaligus membuktikan bahawa dirinya adalah anak jantan dan bukannya ‘pondan Siam’, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah.
Malah beliau mengucapkan tahniah kepada Mahfuz, setelah sekian lama menjadi duri dalam daging, kepada parti itu.
“Saya ucap tahniah kepada Mahfuz Omar kerana menjadi anak jantan dan bukan lagi pondan Siam.
“Saya percaya PAS Pokok Sena secara khusus akan menjadi lebih kukuh dan lebih fokus dalam mempertahankan kemenangan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14),” katanya dipetik Utusan Malaysia.
Mahfuz yang bersama dengan parti tersebut sejak 34 tahun lalu mengumumkan keluar daripada PAS dalam satu sidang akhbar berkuat kuasa tengah malam ini.
Beliau berkata, pada masa ini, beliau belum putuskan untuk menyertai sebarang parti politik sehingga selesai tempoh bertenang bagi dirinya.
Mahfuz sebelum ini dilihat cenderung kepada Amanah apabila kerap kali hadir menyokong program yang dianjurkan parti itu bersama Pakatan Harapan (PH).
Malah Mahfuz pernah menyatakan kesediaan mewakili PH berbanding kekal bersama PAS pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).
Mengulas lanjut perkara itu, Mohd. Amar berkata, beliau percaya Mahfuz dan mereka yang sejenis dengannya akan tinggal sejarah dalam politik tanah air.
Facebook Comments

admin

One Comment

Leave a Comment

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: