February 20, 2018
You can use WP menu builder to build menus

Peluang duduk berbual dan mendengar sendiri luahan hati dari kalangan aktivis Pro Pembangkang semalam memang dianggap sebagai satu perkara yang cukup mengujakan.

Nampak sangat isu berkaitan dengan polemik pencalonan Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri Pakatan Haprak tu sudah mencapai ke peringkat akar umbi gabungan tersebut.

Jika sebelum ini, hanya dikalangan ahli serta kepimpinan PKR sahaja yang berani bersuara. Namun hakikatnya, bantahan terhadap pencalonan itu juga turut disuarakan dikalangan akar umbi.

Nak pulak apabila Tun Mahathir mengeluarkan amaran kepada mana – mana pihak agar tidak meluahkan bantahan mereka terhadap pencalonannya kepada pihak media secara terbuka.

Tindakan itu, kata mereka, membuktikan bahawa bekas Perdana Menteri itu masih mahu menunjukkan yang dia mempunyai kuasa mutlak dan berlagak seperti seorang pemimpin diktator.

“Belum dapat kuasa, Baru nama sahaja dicalonkan. Tapi lagaknya macam dah menang Pilihan Raya. Dia ingat dia besar sangat ke nak bagi amaran kepada orang lain?

“Walaupun nama dia dicadangkan, tapi belum tentu lagi Pakatan boleh menumbangkan Barisan Nasional. Setakat bercakap macam seorang diktator, memang takde faedahnya,” jelas seorang aktivis pembangkang.

Malah bagi mereka, tindakan yang dilakukan oleh Tun Mahathir itu dilihat seolah – olah cuba nak menghalang kebebasan bersuara dikalangan ahli serta pemimpin Pakatan Haprak tu sendiri.

Bahkan mereka juga turut kecewa apabila barisan kepimpinan Pakatan hanya menjadi Boneka dan terpaksa brdiam diri walaupun luahan terhadap pencalonan itu dibuat secara terbuka.

“Tambah memalukan ialah apabila kepimpinan Pakatan hanya menjadi Pak Angguk kepada tindakan Mahathir. Itu membuktikan yang mereka hanya mementingkan diri sendiri.

“Selama ini, kita berjuang menentang pentadbiran Mahathir yang dianggap sebagai Zalim. Tapi hari ini, demi nak menjaga kepentingan politik peribadi masing – masing, mereka sanggup jadi patung bernyawa,” katanya lagi.

Pokok pangkalnya, amaran yang dikeluarkan oleh Tun Mahathir itu jelas menimbulkan rasa kurang senang dikalangan penyokong Pakatan dan ianya dianggap sebagai satu pengkhianatan terbuka terhadap perjuangan mereka selama hari ini!!!

SUMBER:

http://semuthitam80.blogspot.com/2018/01/jangan-berlagak-macam-dah-menang.html

Facebook Comments

admin

One Comment

Leave a Comment

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: