February 20, 2018
You can use WP menu builder to build menus

Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shahrin, diberi tempoh beberapa hari untuk menarik balik kenyataan yang mengaitkan pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Selangor berhubung penipuan, rasuah dan salah guna kuasa bagi mendapatkan permit melombong pasir di negeri itu.

Setiausaha Politik kepada Menteri Besar, Mat Shuhaimi Shafiei, berkata jika Badrul Hisham atau dikenali sebagai Chegu Bard gagal berbuat demikian, beliau akan memulakan tindakan undang-undang terhadap bekas pemimpin PKR itu.

Katanya, beliau sudah meneliti dokumen dalam kenyataan akhbar yang dibuat Chegu Bard seperti disiarkan di media sosial, akhbar atas talian serta TV3 semalam, dan mendapati ada banyak pemalsuan fakta dalam kenyataan akhbar itu.

“Saya sudah merujuk kepada pihak peguam dan ingin memberi masa secukupnya kepada beliau untuk menarik balik laporan yang dibuat dan memohon maaf secara terbuka kerana memfitnah saya.

“Sekiranya dalam masa beberapa hari ini beliau tidak mengambil apa apa tindakan pembetulan, tindakan perundangan pertama saya adalah membuat laporan polis di bawah Seksyen 182 Kanun Keseksaan terhadap kenyataan palsu beliau yang mengaitkan saya sebagai pelindung kepada sindiket penipuan bagi perlombongan haram di Selangor.

“Saya juga akan menyerahkan laporan polis saya itu kepada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk mengambil tindakan sewajarnya terhadap individu terbabit di bawah Seksyen 27 Akta SPRM 2009 kerana memberi kenyataan palsu kepada pegawai SPRM,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Mat Shuhaimi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Muda, berkata beliau percaya dokumen yang diberikan adalah dokumen yang sudah dipalsukan dan tindakan Chegu Bard itu sengaja dilakukan dengan bermotifkan niat jahat, mempunyai unsur politik yang jelas bagi memalukan, menghilang kepercayaan masyarakat kepadanya selain ia mengaibkan beliau serta Kerajaan Selangor kerana pilihan raya umum semakin hampir.

“Tindakan selepas itu adalah untuk membawa kes ini ke mahkamah dan biarlah proses perundangan mengajar pemfitnah ini agar menghormati maruah orang,” katanya.

Facebook Comments

admin

One Comment

Leave a Comment

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: