February 20, 2018
You can use WP menu builder to build menus

Akhirnya yang ditunggu-tunggu telah tiba.

Ahli Parlimen Pandan merangkap Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli telah didapati bersalah tanpa sebarang keraguan dan dijatuhi hukuman penjara selama 30 bulan oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam kerana mendedahkan maklumat perbankan berkaitan dengan National Feedlot Corporation (NFCorp).

Turut dikenakan tindakan yang sama adalah rakan sekongkolnya, Johari Mohamad yang juga merupakan bekas kerani bank, juga didapati bersalah dan dijatuhi hukuman penjara selama 30 bulan.

Hakim Mahkamah Sesyen, Zamri Abu Bakar menjatuhkan hukuman tersebut selepas mendapati kedua-dua tertuduh bersalah pada penghujung kes pembelaan.“Selepas membuat penilaian maksimum, mahkamah mendapati pembelaan ke atas tertuduh pertama dan kedua gagal untuk membangkitkan perkara yang boleh meragukan. Kedua-dua tertuduh didapati bersalah dan disabitkan dengan kesalahan,” katanya.

Zamri bagaimanapun membenarkan penangguhan hukuman bagi membolehkan rayuan dibuat dan mengekalkan jaminan sebanyak RM15,000 bagi setiap orang tertuduh.

Rafizi didakwa mengakses empat dokumen profil pelanggan yang membabitkan ringkasan baki NFCorp, National Meat and Livestock Sdn. Bhd, Agroscience Industries Sdn. Bhd dan akaun Pengerusi Eksekutif NFCorp, Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail.

Dia turut dituduh mendedahkan dokumen-dokumen terbabit kepada konsultan media dan wartawan di Ibu Pejabat PKR di Merchant Square,Jalan Tropicana Selatan 1 pada 7 Mac 2012.

Rafizi didakwa di bawah Seksyen 97 (1) Akta Perbankan dan Institusi Kewangan 1989 (BAFIA) (kerahsiaan).

Rakan sekongkolnya, Johari pula dituduh bersubahat dengan Rafizi dengan melakukan kesalahan pada tempatn dan tarikh yang sama.

Pendakwaan dijalankan oleh DPP Lailawati Ali dan Steve Chin. Manakala peguam AhmadNizam Hamid an Mohd Falihin Kamil Mohd Sazali mewakili Rafizi, sedangkan Latheefa Koya pula mewakili Johari.Pada November 2016, Rafizi Ramli telah diperntahkanmembayar RM200 ribu kepada Mohammad Salleh Ismail dan NFCorp dalam fitnah yang dilemparkan oleh Rafizi terhadap NFCorp dan Mohamd Salleh berhubung pembelianhartanah di KL Eco City, Bangsar.

Rafizi turut pernah dikantoikan menipu dalam sidang medianya di INVOKE Malaysia berkenaan kontrak pengendalian EXPO NEGARAKU dengan mengaitkan pemberian kontrak espo berkenaan kepada ‘abang’ Rahman Dahlan, Raslan Dahlan. Bagaimanapun, ternyata Rahman Dahlan dan Raslan Dahlan bukanlah adik-beradik sebagaimana dakwaan Rafizi, bahkan mereka tidak mempunyai sebarang ikatan darah pun.

Rafizi Ramli juga sekali lagi dibuktikan menipu di dalam Parlimen dalam isu cukai LHDN ketika dia menyampuk dan cuba memalukan Menteri Kewangan Kedua, Johari Abdul Ghani yang sedang berucap.

Facebook Comments

admin

One Comment

Leave a Comment

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: