January 20, 2018
You can use WP menu builder to build menus

Review Category : Karikatur

DAP adalah “BROKER BESAR” pemaju hartanah di Pulau Pinang!

Selain daripada isu ketidakmampuan puak DAP mentadbir negeri, banjir dan kes rasuah yang dihadapi oleh Lim Guan Eng, terdapat satu lagi isu kepentingan rakyat yang masih tidak selesai hingga ke hari ini.
Isunya ialah keperluan tempat tinggal yang semakin mencengkam rakyat Pulau Pinang. Yang aktif pembangunannya sekarang ialah bukan rumah mampu milik tetapi rumah mampu lihat sahaja!
Bukan kerana tiada perancangan untuk membantu rakyat tetapi kerenah kerajaan DAP itu sendiri. Lim Guan Eng dan kerajaan DAP lebih berminat menuding jari kepada pihak lain padahal diri sendiri gagal melaksanakan tanggungjawab.
Yang untung hanya Lim Guan Eng kerana bangle terlajak murahnya hanya bernilai RM275 kaki persegi jika dibandingkan dengan RM616 kaki persegi rumah mampu milik bernilai RM400,000.
Yang terbaru, kerajaan DAP sendiri telah membuka pekung busuk mereka apabila secara tidak langsung mengaku mereka tidak menyiapkan satu pun unit rumah mampu milik sehingga ke saat ini walau pun telah memerintah negeri Pulau Pinang selama 9 tahun.
Projek perumahan mampu milik yang pertama di bawah Kerajaan DAP Pulau Pinang HANYA akan siap menjelang Disember 2017 selepas 2 penggal mentadbir negeri. Itu pun jika Fasa satu projek Bandar Cassia di Batu Kawan benar-benar akan siap seperti yang didakwa oleh kerajaan DAP.
Sebelum ini kerajaan DAP telah berbohong kononnya telah membina unit-unit rumah mampu milik. Mereka juga berbohong kerajaan persekutuan tidak prihatin kepada permasalahan rumah di negeri Pulau Pinang. Padahal. layanan yang diterima daripada kerajaan DAP dalam meluluskan projek perumahan persekutuan seperti ‘lebih teruk daripada layanan kepada anak tiri’.
Sebenarnya, kita semua maklum helah kerajaan DAP Pulau Pinang yang sengaja melengah-lengahkan atau menyusahkan kerajaan BN persekutuan menunaikan tanggungjawab membina rumah mampu milik untuk rakyat Pulau Pinang. Mereka mencipta pelbagai alasan supaya projek perumahan tidak boleh dimulakan.
Rakyat juga tahu bahawa kerajaan DAP adalah mesra pemaju hartanah sehingga mengabaikan kebajikan rakyat terutamanya masyarakat Melayu di negeri itu. Kerana dasar-dasar yang mesra dengan syarikat-syarikat pemaju perumahan maka banyak kawasan penempatan Melayu menjadi mangsa kepada kerakusan puak DAP ini.
Malah DAP juga dilabelkan sebagai Developer Action Party.
Kenapa kerajaan DAP begitu zalim?
Sebabnya mudah. Kerajaan DAP negeri tidak mahu kerajaan BN persekutuan dilihat sebagai kerajaan yang prihatin dan adil walau pun Pulau Pinang di bawah kerajaan DAP.
Lebih memalukan lagi ialah jika segala projek perumahan tajaan kerajaan BN Persekutuan dapat disiapkan, dimanakah ‘tokong’ DAP dan kerajaan DAP mahu sorok muka mereka kerana gagal menyiapkan perumahan kos rendah untuk rakyat Pulau Pinang?
Kerajaan Persekutuan tidak pernah memungkiri janjinya kepada rakyat Pulau Pinang. Bagi tempoh 2008 – 2018,
1. 34 projek telah siap dilaksanakan sebanyak 5,950 unit rumah mampu milik.
2. 19 projek dalam peringkat pelaksanaan sebanyak 4,017 unit.
3. 39 projek sedang dirancang sebanyak 46,602 unit.
56,569 unit rumah mampu milik telah dan akan dibina bagi tempoh 2008 – 2018, satu jumlah yang gagal dilakukan sendiri oleh kerajaan DAP walau pun sudah 2 penggal mentadbir negeri.
Kesungguhan kerajaan BN persekutuan yang prihatin kepada rakyat Pulau Pinang inilah yang menyebabkan kerajaan DAP negeri begitu liat dan menganaktirikan projek-projek tersebut. Persoalannya, apakah mereka akan menafikan pemerhatian kita ini?
Dan jika kerajaan DAP masih mahu berdolak-dalih, rakyat Pulau Pinang terutamanya mereka yang mengundi DAP akan terpaksa gigit jari. Mereka tidak mungkin akan dapat merasa rumah-rumah mampu milik yang dirancang itu selagi ‘tokong’ DAP dan DAP menjadi kerajaan negeri.
Hanya dengan menjatuhkan kerajaan DAP ini sahaja yang boleh memastikan projek-projek perumahan itu dapat disiapkan dan dinikmati oleh rakyat Pulau Pinang.
Gunakan PRU14 kelak untuk menolak ‘tokong’ DAP, parti cauvinis DAP dan sekutunya.

Sumber Berita: http://novandri.blogspot.com/2017/10/zalim-busuknya-pekung-cauvinis-dap.html

read more

MAHATHIR… DARI SEORANG NEGARAWAN BERTUKAR MENJADI SASAUAN!!!

Selama 22 tahun dan beberapa tahun selepas itu, Dr. Mahathir dianggap sebagai tokoh negarawan terulung Malaysia. Apabila timbul kata-kata bahawa Mahathir akan bersekongkol dengan Lim Kit Siang demi kroni, anak-anak dan proksinya, hampir semua orang tidak dapat menerima berita tersebut. Bukan sahaja dari kalangan UMNO dan Barisan Nasional, bahkan dari DAP sendiri pun, tidak percaya sama sekali Mahathir akan berbaik-baik dengan ‘musuh utamanya’ itu.
Dasar dan polisi Najib yang mengenepikan kepentingan kroni dan proksi Mahathir, akhirnya membuatkan Mahathir tidak lagi dapat menyamar dan berlakon. Dia melahirkan kemarahan yang bukan sedikit. Bekerjasama dengan media-media barat yang suatu ketika dahulu, dia kelihatan cukup anti dan menghalang rakyat Malaysia daripada membacanya dengan alasan media-media barat dengki dan kuat fitnah. Tidak cukup dengan itu, sabotaj ekonomi juga cuba dilakukan agar persepsi rakyat dapat diwujudkan kononnya Najib gagal mengawal ekonomi dan kewangan negara.
Mahathir dan kumpulannya bagaimanapun, agak bernasib baik memandangkan hampir semua sektor dikuasai oleh kartel. Dan kartel-kartel itu pula sangat sedar, mereka mampu mengaut keuntungan berlipat kali ganda dengan menyalahkan kerajaan. Kenaikan harga dan kekurangan barangan di pasaran, akan membuatkan masyarakat pengguna marahkan kerajaan. Kartel-kartel itu pula bukan sahaja tidak akan dipersalahkan, bahkan mereka boleh bertindak sebagai pencatur kuasa di negara ini menerusi pembiayaan ke atas parti-parti politik khususnya parti-parti pembangkang.
Ini adalah kerana semakin kukuh kedudukan kewangan parti-parti pembangkang, bermakna semakin banyaklah polemik dan kontroversi yang boleh mereka lakukan. Kesibukan pihak parti kerajaan untuk mempertahankan diri daripada polemik dan kontroversi yang dicetuskan oleh parti-parti pembangkang pula, akan mewujudkan vakum, sekaligus menjadikan pemimpin-pemimpin parti pembangkang sebagai hero rakyat.
Disebabkan itulah, kita seringkali dapat melihat bagaimana para pemimpin parti pembangkang hanya memilih untuk menggunakan isu-isu sensasi yang langsung tidak memberikan kebaikan kepada rakyat. Walaupun sebahagian daripada mereka merupakan anggota Kerajaan Negeri, mentaliti mereka kekal sebagai pembangkang yang gilakan publisiti dan isu-isu sensasi. Hasilnya, kebajikan rakyat tidak terjaga, tetapi kebijaksanaan mereka menipu dan tidak malu untuk mengakui kerja-kerja Kerajaan Pusat sebagai kerja-kerja mereka seperti yang berlaku di Pulau Pinang dan Selangor, berjaya menutup kepincangan tersebut.

 

sumber berita: http://theflyingkick.blogspot.com/2017/10/mahathir-dari-seorang-negarawan.html

read more

Sarawak Report Buktikan Ambiga Sumber Fitnah Terhadap Hj Hadi dan Najib.


Puak haprak pakatan apa yang diaorang tahu selain makan taik dan kencing fitnah.. setiap denyut nadi.. darah yang mengalir di seluruh badan dari bawah hingga ke hujung urat otak semuanya dialirkan dengan najis..
Ini semua hasil dari hadaman produk fitnah dan bohong para pemimpin haprak pakatan.
Kita ambil contoh pengakuan terbaru oleh Clare Rewcastle Brown, maklumat yang beliau terima datangnya dari perempuan low class S- Ambiga yang mungkin kastanya lebih rendah dari paria.
Brown menjelaskan, bekas Pengerusi Bersih itu memberitahu mengenai Najib, Pas dan isu 1MBD kepadanya pada Julai tahun lalu.
“Ambiga beritahu bahawa sumbernya itu boleh dipercayai dan menjangkakan jumlah yang telah dibayar sekitar RM90 juta,” kata Brown dalam dokumen mahkamah bertarikh 11 Oktober lalu .
Dokumen mahkamah itu telah difailkan berhubung saman fitnah Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang terhadap Brown pada April lalu.
Dalam saman tersebut, Abdul Hadi mendakwa beliau telah difitnah dalam rencana Sarawak Report bertajuk As Najib denies all over 1MDB let’s not forget his many other criminal connection bertarikh 6 Ogos, 2016.
Rencana itu mendakwa wang itu bertujuan untuk menyogok Pas untuk menyebelahi Barisan Nasional (BN).
Semua orang tahu Rafizi Ramli sebelum ini berkata maklumat yang beliau perolehi bahawa PAS terima RM90 juta dari Najib melalui dana 1MDB adalah dari pegawai kanan SPRM??
Manakala Dato Haji Husam Musa pula kata dia ada bukti dana tersebut dimasukkan dalam akaun Bank Affin.
Kemudian mengapa pula secara tiba-tiba Editor Sarawak Report menamakan bekas Presiden Majlis Peguam Malaysia dan Kepala Militan Bersih Dato’ Ambiga Sreenevasan pula sebagai pemberi maklumat?
Kita boleh lihat satu siri pembohongan dengan menggunakan “90juta” dan “1MDB” di spin dengan pelbagai kaedah ada 3 sumber berlainan yang direka cipta .. semuanya dimainkan oleh media pembangkang yang kemudian dilahap kencing dan najis ini oleh para pengikut mereka.
Ini baru spin dan fitnah “90juta” belum dikira lagi pelbagai fitnah dan kencing yang terhidang diluar sana,berapa ramai yang tidak tahu menahu apa apa terikut makan dan minum najis dan kencing fitnah.
Sebelum talak 3 dengan DAP,PAS juga turut sama menjadi tukang hidang dan penyebar tegar. Alhamdulilah apabila terkena pada batang hidung sendiri mereka sedar semua ini hanya pembohongan dan fitnah.

read more
Show Buttons
Hide Buttons