January 20, 2018
You can use WP menu builder to build menus

Review Category : Video

Mahathir, Daim Dan Bekas Gabenor BNM Dalang ‘Rompakan’ RM150 Bilion?

Disebalik tuduhan Tun Dr Mahathir Mohamad menuduh Datuk Seri Najib Tun Razak mencuri wang 1MDB mencecah angka berbilion ringgit, bekas Perdana Menteri itu juga dikatakan melakukan perkara yang lebih dasyat sewaktu mentadbir negara dahulu.
Julian Khoo dalam penulisannya menjelaskan kenyataan Mahathir “Sewaktu saya menjadi Perdana Menteri, saya ingat, kami tidak pernah pinjam satu bilion ringgit”.

“Dan ianya benar – beliau tidak pernah pinjam satu bilion ringgit – beliau membantu syarikat swasta meminjam satu setengah kali ganda dari jumlah tersebut dari bank dan kemudian menggunakan dana awam untuk membayar pinjaman tersebut,” kata Julian.

Katanya, Dr Mahathir bersubahat secara rahsia bersama syarikat Maminco Sdn Bhd untuk membuat spekulasi komoditi terhadap harga kontrak masa hadapan timah dengan harapan mengapungkan harga komoditi tersebut.

Ujarnya, beliau membantu Maminco mendapatkan pinjaman RM1.5 bilion (RM7 bilion nilai 2016) daripada Bank Bumiputra untuk membiayai pembelian saham tersebut di Bursa Logam London (London Metal Exchange).

Rancangan Mahathir kata Julian berjaya setelah harga timah jatuh mendadak dan memberi keuntungan kepada Maminco namun untuk seketika setelah Amerika Syarikat membalas spekulasi tersebut mengakibatkan Maminco kerugian dan dibebani hutang.

Sebagai langkah menyelamatkan Maminco, Mahathir kemudiannya menjual saham rizab bumiputra kepada syarikat Makuwasa Sdn Bhd dengan harga murah dan kemudiannya menjual kembali saham tersebut dengan harga pasaran dan keuntungan tersebut digunakan untuk membayar kerugian Maminco.

“Skandal Makuawasa-Maminco bukanlah yang pertama menyaksikan Mahathir menggunakan dana awam untuk tujuan dagangan spekulasi. Pada pertengahan tahun 80-an, bekas Perdana Menteri itu terlibat dengan spekulasi dagangan tukaran mata wang menerusi Bank Negara dan mengakibatkan bank pusat hampir muflis satu dekad kemudian,” katanya.

Tambah beliau, Mahathir bersama gabenor Bank Negara pada waktu itu Tan Sri Jaffar Hussein untuk merompak pasaran wang asing dengan melakukan spekulasi terhadap mata wang utama dunia.

Katanya, Jaffar menggunakan posisinya di Bank Negara sebagai pencetus kepada spekulasi mata wang dengan pengawasan ketat oleh Mahathir dan Tun Daim Zainuddin.

“Mahathir menuduh Najib buka berbilion kalinya telah melesapkan RM50 bilion dana 1MDB dan mencuri RM2.6 bilion daripada syarikat pelaburan tersebut. Belau dengan sombong dan angkuh enggan mengakui bahawa lima panel bebas telah membersihkan nama Perdana Menteri daripada dakwaan salah laku.

“Tetapi apa yang Mahathir enggan akui adalah kerugian ditanggung BNM pada pertengahan 90-an yang dianggarkan bernilai RM30 bilion. Dengan standard hari ini, ianya bernilai RM150 bilion,” ujarnya lagi.

read more
Show Buttons
Hide Buttons